"Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
(Riwayat oleh Bukhary, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie, Ahmad dan ramai lagi). Sebuah Hadis daripada Abu Hurairah ra. , bahawa Baginda Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang menunjukkan ke jalan kebaikan, akan diberi kepadanya pahala sebanyak mana pahala orang yang melaksanakan kebaikan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka semua itu. Seterusnya sesiapa yang menunjukkan ke jalan kesesatan, akan diberi kepadanya dosa, sebanyak mana dosa orang yang telah melaksanakan kesesatan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada dosa-dosa mereka semua itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah Bin Nukman daripada Hammad bin Ibrahim berkata:
“Dibentangkan amalan seseorang dan diletakkan di atas satu timbangan, ternyata ringannya. Seterusnya didatangkan pula sesuatu yang besar seolah-olah awan, maka diletakkan di atas satu timbangan yang lain, maka ternyata benda tersebut memberatkan timbangannya. Maka dikatakan kepadanya: “Tahukah kamu apakah benda ini?” . Maka Dia menjawab: “Tidak tahu”. Maka diberitahu kepadanya: “Inilah kelebihan ilmu yang engkau mengajarkannya kepada orang lain.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan